Monday, 28 October 2013

Ayat Maut Seorang Wanita..

Ayat yang sering di ungkap oleh wanita dalam perhubungan :

1. Ok. Fine !
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5minit ..
Hah! Ini memang selalu berlaku, lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiii .. Bukan main lagi nak mekap..  5minit yang kami cakap sebenarnya 5jam., hahaa.. Dalam 5minit yang kami cakap, lelaki sempat lagi boleh pegi lepak kedai kopitiam layan bola, balik umah tido guling-guling. hahaaa...

3. "Tak apa-apa lah.. "
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Wanita menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. " Pergilah buat, tadi kata nak sangat ! "
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenar nya tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan sesekali buat.

5. Keluhan kuat
Ini  sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa ntuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting baginya.

6. "Tak apa lah.."
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda..

7. "Terima Kasih"
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "Sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "Terima kasih banyak-banyak ye! ", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi , jangan jawab "sama-sama".. heheee ^_^

8. "Apa-apa jak lah ! ( atau dalam bahasa inggeris, Whatever! )
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan perasaannya yang penyampah ! Jadi awas.. jangan dapatkan ayat ini wahai lelaki..

9. "Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat.."
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri..

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang.. heheee.. Itu cumalah pandangan dari saya jak la, hihiiii.. ^____^

Sunday, 8 September 2013

Saturday, 8 June 2013

Reunion Sekolah Rendah ..

Ini citer hujung tahun 2012 kami buat reunion nie , hari nie baru nak citer kat bl0g..hehee ^__^

Gambar time tahun 6 Efektif (2005), kebudak-II kan sangat-II.. hahaa..


Sekian lama tidak bersua , dengan adanya pertemuan yang di rancang .. Bertemunya kami dengan personaliti yang berbeza, bukan lagi kanak-kanak yang selalu berlari mengejar kesana sini... Ini lah kami...

Makan kat Gerai ABC jak kesiann, masih belajar lagi kann.. hihii ^__^


 Ini lah BFF ku " Khaidher Adh-Dho'hiri " .. Ketua pelajar kat SMK APAS'2012 ..


Orang yang kat sebelah aku ini pula " KEe Hanz GYmkhana " , Kira dia nie yang rancang perjumpaan nie.. Boleh di katakan orang penting lah, pentinglah sangatttt... hahahaaa


Nak g teng0k wayang kunun ^.^ 


Yang ini pula " Seniorita Sandalela " , kawan paling becok sedunia.. hahaa..


Ini pula " فيفيآنا كامارودين : Fifiyana " , serak-II bahasa orangnya.. kalau kita nak mengumpat, tak boleh.. Suaranya boleh dengar 1 kampung,hihiiii...


 Yang dapat kitaorang jumpa hanya separuh je sebab yang lain sibuk dan tak ada masa.. Btway kitaorang happy juga ^__^


HAHAHAAA.. ari itu, aku adalah Big b0s sebab penat dah nak drive keta terus.. ^___^


Walaupun perjumpaan ini singkat, tetapi amat bermakna  bagi kami semua.. selepas ini belum tentu kitaorang dapat berjumpa lagi kerana sibuk dengan belajar dan kerja masing-II ... 

      I LOVE U ALL ... ^___^

Bakal Imam Ku ^_^



Assalamualaikum .. Buat cinta ku yang bakal mengimamkan solatku..

Yang bakal membimbingku ke jalan Mustaqim, yang bakal menjadi ayah kepada anak-anakku dan membimbing mereka ke arah kesejahteraan agama suci Allah dan Muhammad SAW. 
           
    Sesungguhnya saya menanti mu dengan kesabaran dan sesungguhnya saya mencintaimu seadanya kamu kerana Allah telah menemukan kita dalam satu satu pertemuan yang mulia iaitu di bumi Allah. Saya harap kamu juga dapat menerima kekurangan ku serta kelebihan ku serta apa adanya saya kerana Allah Taala .. 

Friday, 7 June 2013

Antara Suka dan Cinta ^_^



Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”


“Terangkan?” Si gadis musykil.


“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…...