Monday 28 October 2013

Ayat Maut Seorang Wanita..

Ayat yang sering di ungkap oleh wanita dalam perhubungan :

1. Ok. Fine !
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5minit ..
Hah! Ini memang selalu berlaku, lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiii .. Bukan main lagi nak mekap..  5minit yang kami cakap sebenarnya 5jam., hahaa.. Dalam 5minit yang kami cakap, lelaki sempat lagi boleh pegi lepak kedai kopitiam layan bola, balik umah tido guling-guling. hahaaa...

3. "Tak apa-apa lah.. "
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Wanita menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. " Pergilah buat, tadi kata nak sangat ! "
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenar nya tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan sesekali buat.

5. Keluhan kuat
Ini  sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa ntuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting baginya.

6. "Tak apa lah.."
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda..

7. "Terima Kasih"
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "Sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "Terima kasih banyak-banyak ye! ", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi , jangan jawab "sama-sama".. heheee ^_^

8. "Apa-apa jak lah ! ( atau dalam bahasa inggeris, Whatever! )
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan perasaannya yang penyampah ! Jadi awas.. jangan dapatkan ayat ini wahai lelaki..

9. "Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat.."
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri..

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang.. heheee.. Itu cumalah pandangan dari saya jak la, hihiiii.. ^____^