Wednesday 6 November 2013

Hanya Persinggahan

Aku mengenali mu secara kebetulan melalui laman sosial. Ketika itu awak mempunyai akaun yang baru dan cuba bekawan dengan saya. Saya sebenarnya tak menyedari kehadiran awak. Pada suatu hari, awak inbox saya. Awak hantar link blog saya nie untuk pastikan ia adalah kepunyaan saya. Saya tak sangka dengan cara tu awak cuba untuk menarik minat saya membalas inbox tu.

“macam mana awak dapat link blog saya sedangkan ia agak terhad untuk orang mengenali nya? ”
“ saya fikir tadi blog fatin liyana.”

Hanya kerana sebuah blog, persahabatan kami terjalin dalam masa yang singkat. Kami mula rapat seperti kawan yang lama da kenal. Dia merupakan seorang jurugambar bebas yang mempunyai 5tahun pengalaman dalam bidang tersebut. Saya senang berkawan dengan dia. Saya rasa selamat bersama dia. tapi saya tak tahu kenapa saya rasa cemburu bila dia bersama wanita lain. Pada ketika tu, saya hanya mampu berkata dalam hati bahawa saya memang tak layak untuk awak pun. Untuk apa saya rasa cemburu...  

 Apabila awak post gambar-gambar saya kat fb awak, saya sentiasa nantikan tindak balas awak ketika kawan-kawan awak cuba mengusik awak tentang saya. Walaupun awak luahkan perasaan di gambar saya dengan cara gurauan, itu dah membuatkan saya rasa gembira dan senang. Sebab saya tak pernah mengharapkan lebih dari itu. Tapi tak sangka dalam gurauan tu awak serius menyatakan perasaan awak terhadap saya. Saya tau yang saya tak layak untuk awak..